Rekod alam sekitar Tenaga_Nasional_Berhad

Tenaga hijau

Sebagai syarikat tenaga, Tenaga Nasional juga merupakan pemangkin kepada tenaga hijau bagi beberapa projek yang sedang berjalan di Hulu Terengganu dan Hulu Jelai. Projek biomas TNB di Jengka, Johor, dan Pahang menunjukkan fokus TNB terhadap projek tenaga hijau.[63][64] TNB juga komited untuk memastikan bekalan elektrik yang selamat dan dipercayai dapat terus disalurkan kepada pengguna di Semenanjung walaupun kerajaan mengekalkan tarif elektrik selama tiga tahun bagi tempoh Januari 2018 hingga Disember 2020.[65]

Tenaga boleh diperbaharui

TNB juga memainkan peranan penting dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.[66][67] Pada tahun 2019, TNB memperkenalkan sumber tenaga suria yang dinamakan sebagai projek Solar Berskala Besar (LSS) yang kini beroperasi menghasilkan 50MW di Sepang, Selangor. Projek LSS ini diuruskan oleh anak syarikat milik TNB iaitu TNB Renewables Sdn Bhd bersama sebuah lagi anak syarikat milik TRe Sdn Bhd, GSPARX Sdn Bhd.[68][69]

TRe Sdn Bhd dan GSPARX Sdn Bhd juga memperkenalkan satu skim bermula dengan harga RM 13,900.00 merangkumi kos peralatan, kos pemasangan, NEM (Net Energy Metering), pengawasan online, penyenggaraan dan waranti panel solar untuk setiap kediaman yang berminat untuk menggunakannya.

Kapasiti maksimum sistem suria fotovoltaik yang dibenarkan untuk penggunaan pengguna sistem 1 fasa ialah 12kWp dan 72kWp untuk pengguna sistem 3 fasa. Pemasangan bergantung pada jenis rumah dan keluasan bumbung yang dibenarkan.[70]

Cekap tenaga

TNB dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air melancarkan Laporan Tenaga Rumah (HER), sebuah program cekap tenaga yang bertujuan untuk melibatkan dan memperkasakan pelanggan untuk menguruskan penggunaan tenaga rumah mereka, sambil mengurangkan bil elektrik bulanan.[71]

Pada April 2019, TNB melancarkan kempen untuk mempromosikan Cekap Tenaga (EE) dengan hasrat untuk mengingatkan dan mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan kelestarian alam sekitar menerusi penjimatan tenaga. Tujuannya ialah untuk mengarahkan transformasi ke arah ekosistem tenaga masa depan yang memberikan keseimbangan antara kelestarian alam sekitar, bekalan tenaga yang selamat dan boleh dipercayai dan pembangunan ekonomi yang optimum.[72]

Rujukan

WikiPedia: Tenaga_Nasional_Berhad http://www.alacrastore.com/company-snapshot/Tenaga... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.bursamalaysia.com/market/listed-compani... http://www.kinibiz.com/story/corporate/130879/a-gl... http://www.mhccompetitions.com/mhl/index.php?kod=T... http://travel-to-malaysia.com/spirit-of-merdeka-ma... http://travel-to-malaysia.com/the-national-electri... http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=805... http://www.dailyexpress.com.my/news/132245/tnb-pub...